Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang.. Sesungguhnya segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan daripada- Nya serta memohon petunjuk daripada- Nya.. Syukur Alhamdulillah kita masih dikurniakan keamanan tinggal di negara kita yang tercinta.. Namun, renungi lah nasib saudara kita di luar sana yang menghadapi dugaan besar.. Celik lah mata dan hati kita untuk berjihad dan memahami semua yang terjadi dan mengakhirinya demi membela agama kita.....
Izinkanlah aku bercerita
dari kaca TV dan di dada-dada akhbar
kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?
penganiayaan satu bangsa terhadap satu bangsa yang lain
begitulah apabila kemanusiaan
di penghujung kewarasan
Merengkok tubuh munggil
di atas pasir berbumbung langit
entah apa la dosanya
rebah dihinggap peluru yang tak bermata
berkawat lasykar angkuh
berselendangkan senjata
tiada belas nuraga nun dihatinya
dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa
sedangkan mungkar beraja
oh mengapa?
Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin,
Namlus dan sepanjang tebing barat
hari demi hari
terus mengganas mencari mangsnya
kanak-kanak atau orang tua
tidak mengapa
pada mereka sama sahaja
Mengalir darah merah
di atas bumi suci Anbia
laungan intifadaa
bergema membakar semangat perjuangannya
Sampai bila?
sampai bilakah penindasan dan
kekejaman ini akan berterusan?
sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus
terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?
aku sendiri menanti jawapnya...
adaptation: siti nurhaliza (Mat S W/ Ad Samad)






No comments:
Post a Comment